3 DAYS KELANTAN TERANGGANU ITINERARY

Assalamualaikum
hi semua..ok kalini ni fyna nak share trip adik beradik pulak hehe
bila dah besar ni sangat susah nak kumpul adik beradik..tapi kalini wani yang kerja kastam..sanggup ambil cuti untuk percutian kalini..adik bongsu fyna pula cuti sem.alhamdulilah dapat berkumpul adik beradik
tapi trip kalini bercuti dalam malaysia saja hehe..kami decide nak ke kelantan terangganu untuk 3 hari 2 malam




HOMESTAY

dua2 homestay kami booking di airbnb

D’PERDANA SRI CEMERLANG
RM100/night
6 guests , 2 bedroom , 2 beds , 2 bathrooms
masa booking ni kami dah bagitahu nak check in awal, so yang lain ambik flight awal and fyna and adik2 gerak awal la dari kedah, sampai awal boleh rehat awal, tapi since tak ada update dari host, kami assume semua ok lah.. so bila sampai try message tak jawab, whatsapp tak jawab and call banyak kali jugak last2 baru angkat. kami cakap nak check in dah ni. host kata xboleh sebab apartment ada orang, boleh check in pukul 3. alamak kami dah la letih and mimi pun belum mandi sebab bermalam di klia hahha agak kecewa kenapa dia tak mention awal. but never mind lah. so pukul 3 kami masuk and alhamdulilah nasib baik selesa haha. bilik ada 2 katil besar2, ruang tamu luas and bilik air ok. dapur ok. semua pun bersih and selesa. tambah pula ada netflix. sakan la depa tengok movie haha..


RAREHEART GUESTHOUSE
RM150/night
kami booking rareheart ni sebab tempat dia cantik haha. harga tolak tepi. cantik no 1. so sebelum sampai host dah bagi details semua siap dah. ha ni baru lah host yang bagus kan.  sampai sana ada 1 abang ni dah tunggu. dia tanya nak check in ye? berapa orang? kami cakap 5 orang. dia cakap ok nak bilik mana pun boleh. atas boleh bawah boleh harga sama. amboi hehe. yang kami booking tu bilik bawah. abang tu bukak bilik tu and suruh tengok. kalau ok boleh la stay situ. ruang tamu ok ada tv meja and so on. deco kayu2 lawa gilaaa and lampu oren2 pula kan memamg sangat cantik! tapi hanya ada 1 bilik. dalam bilik ada 1 queen bed. ada 2 single bed. then tiba2 host call dia cakap ramai ambik bilik atas la selesa sikit. so kami pun naik la atas. haaa memang selesa. ada 3 bilik. 1 bilik ada queen beds.. 1 bilik ada 2 single beds and 1 lagi bilik pun ada 2 single beds. bilik luas and selesa. ada rumah tamu, tv and 1 bilik air. tapi memang selesa and deco pun cantik. kayu2 gitu. ala2 rumah papan versi ekon penuh rumah haha. so far alhamdulilah sangat puas hati. tempat parking pun selamat and setiap bilik ada code untuk masuk bilik. cantik!




DAY 1 : KELANTAN
KOPITIAM KITA  , NASI KERABU LINEYS , KB MALL , KOPI MESIN , ACU TERA , CAFE HOSTEL PANTAI, PASAR KARAT


20.1.2020 (isnin)
5.30 am : fyna,kiddy and adik bertolak dari rumah, baling ke kelantan
7.20 am : berhenti solat di banjaran titiwangsa
9.30 am : sampai di airport untuk pickup mimi dan angah..kesian 1 jam tunggu di airport hehe
9.55 am : makan di kopitiam kita
10.53 am : sampai di airbnb apartment tapi call host, dia cakap tak boleh check in lagi walaupun dah bgtau awal seminggu nak check in awal..dia tak update kami
11.02 am : decide makan di nasi kerabu liney
12.00 am : kami ke kb mall untuk habiskan masa and nak tempat sejuk sebab tengah hari dah pans
1.30 pm : kami sampai di kopi mesin habiskan masa sebab dah dekat dengan apartment
3.30 pm : baru boleh check in..alhamdulilah boleh rest mandi dan solat
5.30 pm : dah siap2 nak p makan celup tepung
5.42 pm : sampai di acu tera celup tepung
6.57 pm : sampai di cafe hostel pantai
8.22 pm : kami ke pasar karat
11.35 pm : balik apartmen rest mandi solat and main game!


KOPITIAM KITA
total : RM23.80
ni tempat pertama yang kami tuju..ramai gila orang dekat sini..tapi still ada tempat duduk..alhamdulilah..pekerja kat sini sangat friendly..masa kami sampai diorang sambut dengan senyuman and terus bawa ke tempat duduk..

roti dia sedap! bagi fyna semua sedap..roti telur dia tak kedekut telur..sedap! teh tarik buih tu pun sedap and tak manis! alhamdulilah semua kenyang



NASI KERABU LINEYS
total : RM16.50
sebab masing2 kenyang makan roti so kami decide ambil 2 pinggan saja..sini lambat sikit orang datang order air so sebab lambat datang tanya air, kami makan tak ada air haha..
sini frust sikit tak dapat nasi warna biru..oh rupanya ada 2 nasi..manalah kami tahu..hahahah yang jual pun tak tanya..so nasi kerabu sini sedap juga..tapi fyna pernah makan yang lagi sedap cuma tak ingat kat mana ahah


KB MALL
buang masa kat sini sebab tengah hari panas gila and pakat berimpit dalam kereta kan. kat sini fyna perasan yang perempuan cantik2 and pandai make-up! teruja tengok

KOPI MESIN
total : RM43.00
act kami nak buang masa saja kat sini.. sambil minum kopi sini..orang kata sedap..sebab apartment tak boleh masuk awal pula..so datang lah sini..bagi fyna, biasa saja makanan kat sini cuma tempat sini cantik..hipster





ACU TERA CELUP TEPUNG
total RM36.00
sini ramai suggest,,so lepas dah mandi solat semua..kami terus ke sini..ramai orang kat sini..angin kuat..best! sejuk hehehe..tepi pantai pula kan..
bagi fyna celup tepung kat sini ok la..sedap juga..cuma ikan macam tak fresh..sotong sedap..and coconut shake..alaaaa kenapa tak sedap..hmm





dekat situ tepi pantai. tapi fyna takut nak panjat. sikit boleh la hahha ada laut di se balik batu ni. tapi ombak kuat time ni. seram rasa


CAFE HOSTEL PANTAI
total :RM50.00
ramai gila suggest mai sini..so kami pun sampai lah kat sini..ambil plate yang ramai orang kata sedap..kami tak tahu pula kena makan dengan nasi hahaha so kami ratah saja..tu pun tolak aku hang nak bagi habis hahah bagi fyna daging harimau mengais sedap! and plate ni pun sedap..miang talapia goreng..bagi fyna tempat ni sedap..makanan fresh..oh sini memang kena repeat balik



PASAR KARAT
RM15+
masa kami mai sini..tak ramai yang buka kedai lagi..ingat nak shopping sikit tapi tak ada rezeki lah..jalan sampai hujung, eh ada gerai makanan..banyak gila gerai..sini kami ambil ketam lembut spicy..sedap! sate emm ..spring roll sedap! ada busking juga sini..meriah..sini juga fyna jumpa dengan kawan instagram..ain..canti snagat ain ni..suka tengok hehe

oh ya ain ada bagi try laksa penang..
oh my sedap gilaaa laksa tu..kuah dia pekat gilaa..lama dah fyna tak jumpa kuah pekat macam tu..and masa ain kata kuah ni ada otak udang..fyna macam, alamak..takut nak makan sebab fyna akan jadi gatal and ada sampai bengkak mulut..tapi alhamdulilah tak ada reaction apa2 lepas makan..ya lah bila makan tak ingat dunia..sedap gula..tengok2..alamak! dah habis haha




malam tu kami main game
adoi sakit perut gelak dengan gelagat masing2..alhamdulilah seronok sangat bila berkumpul..



DAY 2 : KELANTAN and TERANGGANU
JIWA KOPI & BINGSU , PANTAI NAMI , MAGGI TIRAM POK WEIL, PANTAI D;AUR , KAMBING BAKAR GHUANGZHOU , DAPUR PATA

21.1.2020 (selasa)
10.43 am : semua dah siap and nak check out
11.35 am : breakfast di cafe jiwa kopi dan bingsu
1.41 pm : sampai di pantai nami
1.59 pm : makan di maggie tiram pok weil
3.02 pm: sampai di pantai d'aur bergambar
4.00 pm : bertolak ke terangganu
5.41 pm : sampai di terangganu
5.45 pm : check in di rare heart guesthouse, rehat mandi dan solat
7.48 pm: siap2 nak pergi makan
7.50 pm : berhenti di kedai beli game untuk mainan malam ni and at last dapat juga uno
7.58 pm : sampai di daging bakar ghuangzhou
8.30 pm : siap makan so nak makan ringan2 pula
9.07 pm : sampai di dapo pata makan cake and main uno dan bergambar
10.00 pm : bertolak balik sebab angin kuat..habis terbang card haha
10.38 pm : sampai di guesthouse sambung mai uno haha
1.00 pm : tidur keletihan


JIWA KOPI & BINGSU
semua pakat lapar dah time ni so kami ke cafe ni sebab nak aircond hahah. cafe ni cantik dan bersih and alhamdulilah makanan semua sedap. fyna nak try macam2 tapi sedar diri ni tak sihat sangat. 1st time try daging salai.. emm fyna suka kuah dia sedap. tapi salai2 ni macam
tak kena dengan tekak pula hahha tapi mimi kata sedap. mimi memang fav la salai2 ni so kalau dia kata sedap tu sedap la. bingsu pun sedap


PANTAI NAMI
masa datang sini ada crisis sikit hahahahaha so tak ambil gambar pun. adika2 ada la ambik. tapi fyna tak ada mood sangat and situ pula ramai orang jadi mals sikit la ambil gambar. tempat dia cantik juga lah


MAGGI TIRAM POK WEIL
hat ni fyna rekemen sangat pergi sebab tiram dia sedap! mula2 kami ambil tiram fresh 5 so cukup la sorang satu. lepas makan semua tengok masing2. hahaha muka nak lagi sebab sedap gilaaaa..then kami ambik tiram bakar cheese. sedap jugak tapi tiram fresh la paling sedap! then kami order lagi tiram fresh 10 hahaha puas makan. nasi goreng special not bad. ok juga rasa semua cukup. nasi goreng kampung pun ok cuma ikan bilis tak garing so tak berapa lah. koteaw goreng special biasa saja tapi adik fyna suka. so far yang ni boleh repeat lagi insyallah




PANTAI D’AUR
pantai ni lain sikit sebab ada buaian banyak. so banyak la port nak ambik gambar. masa kat sini pula tak ada orang. baru lah best ambil gambar cuma laut tak cantik sangat. air kotor mungkin sebab hujan. tapi bila dah bawa photographer datang. semua gambar pun jadi cantik hehe






alhamdulilah kami sampai ke terangganu dengan selamat. 1 jam lebih perjalann. jalan ok tak sesak alhamdulilah


KAMBING BAKAR GHUANGZHOU
lepas semua dah fresh mandi and solat, semua lapar pulak so kami ke restaurant ni sebab ramai suggest. fyna ingat sini ada juga ikan bakar ahaha sebab lapar nasik. tapi sini semua western. alamak!
tapi tak apa. kita try dulu. kami ambil kambing bakar. oh my hat ni sedap! daging tu dengan rempah dia memang sedap gila! then kami ambil harimau menangis. tak tahu la nak kata harimau menangis ke merajuk hahhaa sebab liat hahaha and tak rasa pula. then kami ambil salted egg sotong. uish hat ni sedap! and banyak gila hahah. kami makan dengan nasi sebab semua lapaq nasi tapi tak masuk sangat la kan hahaha tak apa lah asalkan kenyang.  oh last kami ambil chicken chop salted egg. angah sibuk nak try chicken chop ni. ok ayam sedap and rangup. kuah dia pun sedap. so alhamdulilah semua sedap

DAPUR PATA
kami ke sini nak nyap2 saja. nyap2 maksudnya nak makan ringan2 saja hehhe dari luar nampak besar and luas. mesti banyak gila kedai kat sini kan. tapi ala sikit saja kedai. tempat makan saja banyak. tapi ok lah banyak juga choice and banyak juga kedai tutup. ada 1 kedai cake comel kat situ. kami ambil semua jenis kek hahha. kek situ sedap jugak. and kami decide nak makan dekat situ juga and sambil main uno. main uno sekejap saja sebab angin lain kuat and sejuk. tapi best lepak kat sini sebab tempat cantik . boleh la ambil2 gambar






tak tau lah berapa round main uno malam tu. masaalahnya fyna selalu dapat kad power2 tapi selalu kalah hahha gerammmmm. kami main uno sampai pukul 1 pagi. adik2 cakap kalau along menang main uno baru kita boleh tidur. tapi sampai ke sudah tak menang hahaha


DAY 3 : TERANGGANU
NASI KERABU MOKSU , DYNAR KEROPOK LEKOR , FIRDAUSY SEAFOOD , PANTAI TELUK KETAPANG


22.1.2020 (rabu)
9.00 am : check out dari rareheart guesthouse.
9.30 am : sampai di nasi kerabu pok din tapi tutup. sedihnya dah la lapar hahahahaha dalam tak tau nak p mana. kami search nasi kerabu fauzi
10.45 am : sampai di nasi kerabu fauzi. tutup juga huhu adekat ig ada yang cakap rabu menang tutup, ada yang cakap dah pindah. ada yang cakap tutup awal. sedih sangat time tu tak dapat nasi dagang. so tengok area2 tu ada nasi kerabu moksu bukak so try lah
11.00 am : makan nasik kerabu mok su
11.30 am : tunggu orang datang cod keropok lekor.
12.30 am : sampai di keropok lekor adik beradik tapi macam kena take away saja so cancel
12.45 pm : sampai di dynar keropok lekor
2.00 pm : nk p malam celup tepung pula
2.38 pm : sampai di firdausy seafood untuk makan celup tepung
3.30 pm : sampai di pantai teluk ketapang, bergambar dan lepak2 sini
4.50 pm : sampai di airport , solat  and hantar angah and mimi naik flight balik ke sarang masing2
5.49 pm : bertolak balik ke kedah.
8.15 pm : singgah machang makan malam hihi just search kedai terdekat
10.24 pm : berhenti rehat di banjaran titiwangsa untuk solat sebab sini sejuk, seronok hihi
12.30 pm : alhamdulilah sampai rumah dengan selamat

NASI KERABU MOKSU
gambar tak ada sebab masing2 frust tak dapat makan nasi dagang hahah tapi nasi kerabu sini sedap juga. ayam dia memang sedap! nasi biasa tapi boleh la makan isi perut hihi

DYNAR KEROPOK LEKOR
kami nak makan keropok lekor yang siap fresh di goreng so ramai suggest sini. staff sini friendly alhamdulilah. dalam menu tu semua kami ambil satu set hahah ingat sikit2 rupanya tudia belambak gila hahah jenuh nak habis. ada yang ada cheese, ada yang ada bawang. fyna bukan lah penggemar keropok lekor, tapi adik fyna memang suka so dia kata sedap. fyna suka yang ada mozzarella cheese. sedap! cuma fyna prefer keropok lekor yang nipih dan rapuh kalau tebal muak sikit hihi tapi sini menang sedap and murah!



FIRDAUSY SEAFOOD
kalau mai terangganu mesti lah wajib try celup tepung. sini sedap juga cuma sotong and ikan macam tak fresh. udang saja sedap sini. dulu fyna pernah makan kat mana tak pasti, ikan paling sedap manis fresh. tapi kalini tak tahu lah kenapa hahah mungkin salah musim tapi sini dia punya tepung sedap

PANTAI TELUK KETAPANG
patut lah orang cakap terangganu pantai paling cantik. menang cantik pun! biru hijau air dia!!! cantik gila and pantai ni pun bersih. so apa lagi kami shoot la puas2 kat sini. kami tak pergi banyak pantai sebab masa tak cukup

fyna boleh dikatakan banyak kali juga lah datang kelantan. maybe 5 kali kot haha. tapi terangganu ni kali ke 2. nanti insyallah nak repeat terangganu sebab tak puas tak dapat nasi dagang. tak complete rasa. fyna memang suka makan nasi dagang dari nasi kerabu. nasi dagang paling sedap, arwah mak buat. nasi tu tak rasa pulut tapi sedap gilaaaaa. so far yang fyna makan kat kedah ni semua tak best hmm tu ingat kalau pergi terangganu boleh la try paling sedap, tapi tak ada rezeki. tak apalah . maksudnya kena repeat la tu kan hehe


alhamdulilah selesai short trip adik beradik kalini. bukan senang nak ber kumpul semua kan. mimi sanggup tinggalkan husband dia kejap sebab nak spend time dengan adik beradik hehhe
wani sanggup ambil cuti last minit untuk join. adik pula cuti sem. so time ni la nak berkumpul
tiap2 tahun kena ada 1 trip kami sahaja. untuk mengeratkan lagi kami adik beradik. tahun depan kita tak tahu macam mana pula kan. sementara ada masa ni, jangan sia2 kan perluang yang ada untuk berkumpul.
insyallah next year trip kat tempat lain pula hehe






Comments

Popular Posts