5 Days Da Lat Vietnam Itinerary

assalamualaikum hi semua..
this is my new blog and blog lama ada macam2 problem so 2020 fyna nak start benda baru..maybe boleh aktif balik macam dulu2. insyalllah

baru2 ni fyna ada pergi travel di Da Lat Vietnam..small and beautiful town
kenapa Da Lat Vietnam? fyna nak rest so fyna nak pergi tempat yang tak serabut sangat..yang cuaca tak sejuk and tak panas sangat and tempat murah..
kami plan nak bercuti di Da Lat vietnam ni seminggu sebelum tarikh berlepas..last minit sangat haha

fyna pergi berdua dengan adik sendiri. kami tak ambik mana2 agent pun. semua sendiri. dari booking hotel,flight and nak ke mana2, semua kami sendiri. lagi best dari pergi dengan agent sebab kalau agenti mesti akan kalut2. 

selalu kalau orang pergi ke Vietnam, org akan pergi ke Ho Chi Minh kan 
fyna bukanlah seorang yang suka shopping hahah..so tempat tu awal2 tak mau pergi
kebetulan adik kawan fyna pernah ke Da Lat and dia kata syok..so apa lagi..
ok lah so ini fyna nak share iternary untuk 5 hari di Da Lat Vietnam.



Sim card Vietnam:
sim card ni kami beli dekat klook
RM44 unlimited data
kami ambik by pos so senang sikit la..bila travel sendiri ni internet sangat2 penting..tapi alhamdulilah dekat sana boleh di katakan semua tempat ada wifi..and wifi depa laju!



Travel insurance :
ni kiddy minta kawan dia buat..fyna tak pasti under apa.
RM103.25



Tiket kapal terbang:
Air Asia ada flight direct ke Da Lat Vietnam start last year kalau tak salah..so lagi senang kan?

Tiket pergi ke Da Lat Vietnam ( beli dekat website Air Asia)
RM180/person include 20kg lugage and meal

Tiket balik ke KLIA2 ( beli dekat website Trip.com sebab murah sikit )
RM210/person include 20kg lugage (tapi kami ada beli tambah 20kg lugage lagi masa balik harga dalam RM100 lebih)



Hotel : Cosy House & Oriana Hotel
kami tidur 2 hotel berlainan sebab saja syok2 hihi nak rasa kelainan sebab 5 hari kot dok sana

1st Hotel : Cosy House
RM257.78 / 4 hari 3 malam ( beli di agoda.com)
hotel ni best sebab tempat hotel ni aman, tak sesak..berdekatam dengan hospital kanak2..mungkin sebab tu kot tak sesak..dekat sini juga sejuk dari tempat sesak..pagi2 memang sejuk gila..
bilik ok..selesa and besar..tempat solat pun selesa..katil besar and bilik air pun besar..sabun and shampoo diorang letak bekas besar terus haha..sini tak ada lift tau..tangga saja haha
air panas ada untuk shower and sink..ada electric kettles.iron tak ada..so far sangat berpuas hati..tapi ada bau macam hapak sikit dekat karpet..but fyna tak kisah pun..puas hati sangat!








2nd Hotel : Hotel Oriana 
RM193.50 / 3 hari 2 malam ( beli di agoda.com)
hotel ni pun ok cuma ada bukit curam sikit untuk ke hotel ni..kalau nak keluar..kena naik bukit tu...haha seram..tapi lama2 dah biasa..
bilik kecik sikit dari sebelum ni tapi hotel ni nampak macam hotel baru..sebab sangat bersih and bilik air pun moden...katil keras sikit tapi ok je hehe
dalam bilik tak ada kettle sebab dekat bawah ada macam kitchen..situ boleh masak..free ja barang kat situ kalau nak masak..ada sayur, telur and garam gula..macam2 la..tak explore la pulak haha cuma ada 1 malam tu kami turun goreng telur..hehe




Transport : Skuter
masa sampai di hotel, kami bagitahu hotel nak sewa motor so diorang akan sediakan kita 1 motor skuter
harga sewa motor depends on hotel
macam 1st hotel kami dapat rate RM18/day
2nd hotel kami dapat RM17/day



dekat sini tak ramai guna kereta..yang ada pun uber,lori and kereta personal jarang nampak..kebanyakkan mereka hanya guna motorsikal sahaja..senang nak parking juga
kalau hampa nak sewa kereta..emm fyna tak nampak parking kereta kat sana haha..so motosikal senang sikit but kena ingat diorang tak ada traffic light and bertentangan dengan jalan raya kita,,macam kita, jalan kita side belah kiri..diorang kanan..so kena berhati2..and dekat sana setiap kereta and lori bila jumpa motor diorang akan bagi horn tanda hati2..so hampa jangan pulak marah hahah


Minyak:
both motor kami isi penuh
1st motor ada half lagi so kami isi bagi penuh 
total minyak kami isi 100k = RM17.55



1st Day 
 AN CAFE, XUAN HUAN HONG LAKE, 
DA LAT NIGHT MARKET

1st day
1.00 pm : tiba di Lien Khuong airport
2.00 pm : Check in Hote Cosy House, rehat dan solat
3.00 pm :Ambil skuter dan lunch di An Cafe
4.30 pm : Lepak di xuan huan hong lake
5.30 pm : Pusing town tengok bunga tepi jalan and round2 night market
6.41 pm : Pergi VietMart beli mineral and maggie 
7.19 pm : balik hotel dan rehat


Taxi : 362k + tol = RM63.55
kami sampai around 1 tengah hari macam tu 
kami ambil taxi untuk ke hotel..make sure taxi atau uber yang bermeter..

kami sampai awal tapi alhamdulilah pihak hotel baik sangat bagi kami check in awal..
lepas dah check in..perut dah lapar so kami nak cari makan..yang terdekat adalan an cafe

an cafe
makan 143k = RM25.10


cafe ni memang cantik..decoration dia unik..kayu2 and banyak tumbuhan macam sculant..
kami order
tuna sandwich, aloe vera juice and vietnam milk coffee

Xuan Huan Hong Lake






then kami lepak tepi tasik..masa ni cuaca sangat sejuk! sejam juga lah kami lepak tasik sebab nak tunggu night market buka
pusing2 tasik..kecut habis tangan sebab sejuk..bila nampak matahari rasa lega gila...tapi tak la panas..rasa warm saja..tasik diorang cantik dan bersih..

Da Lat Night Market
2 cucur ni harga 10k = RM1.75
glove 20k = RM3.51
jacket 190k = RM33.36






night market buka pukul 5.30petang..5.30 petang sana maghrib dah tau
seronok jalan2 kat night market..kebanyakkan diorang makan makanan yang di bakar atau rebus..patut la orang sana semua kurus2 haha sangat susah nak jumpa yang badan besar..eh rasanya tak ada yang badan besar
tapi kena hati2 juga walaupun bakar tapi ada makanan yang tak boleh kita makan..
kalau kami teringin apa2..kami akan google dulu..kalau ada apa2 daging memang tak makan la ahah

fyna ada beli cucur pisang and jagung..besar haha
2 cucur ni harga 10k = RM1.75

then fyna beli glove sebab comel gila haha walaupun tau kat malaysia tak pakai
glove 20k = RM3.51

then fyna beli jacket..kalau korang datang sini..please beli jacket kat sini.murah!
harga around RM35 ke atas




Day 2
 DA LAT MILK FARM, HAPPY HILL, 
RESTAURANT HAJAH HAWA, KOKORO CAFE

2nd day
7.20 am : bertolak ke Da Lat milk farm
8.43 am : Sampai ke Da Lat mik farm bergambar and enjoy the view
10.30 am : bertolak ke Happy Hill
11.25 am : berhenti tepi jalan tengok view
11.55 am : Sampai ke Happy Hill
1.00pm : pergi ke garden lavender tapi bukan musim so balik hotel
1.30 pm : sampai hotel, solat
2.54 pm : keluar hotel nak pergi makan
3.10 pm : sampai ke restaurant hajah hawa untuk lunch
4.00 pm : bertolak ke kokoro cafe
4.20 pm : benti tepi jalan tengok view
4.30 pm : sampai ke kokoro cafe
5.10 pm : pulang ke hotel 
5.30 pm : sampai hotel rehat dan solat
7.10 pm : siap2 nak ke Da Lat night market by foot!
7.25 : sampai ke night market
9 pm : pulang hotel and tidur


Da Lat Milk Farm
entrance fee = free
susu and yogurt 32k = RM5.64
1 jam dari hotel..banyangkan naik motor dengan sejuk2 hihi..kami bertolak pagi sebab tak mau ada ramai orang, nanati nak bergambar payah..so kami bertolak pukul 7.20i then ada la pit stop kejap2 sebab lenguh punggung haha..dekat malaysia lama dah tak naik motor kan..

tepi jalan pun boleh ambik gambar sebab cantik..











so kami sampai around 8.43 pagi macam tu and kami orang 1st! alhamdulilah...
masa masuk akan nampak guard..dia tak pandai berbahasa inggeris so dengan bahasa dia..dia akan bagi direction..terus lepas tu kanan..sangat baik hati pakcik guard ni sebab dia usaha nak bagi kita paham
oh my tempat ni snagat cantik and bebas! boleh ambik gambar di mana2..kami berhenti setiap tempat untuk ambil gambar..geram sebab semua cantik
sebelum balik kami nak try juga lah susu kat sini..






adik fyna ambil susu and fyna ambil yogurt 32k = RM5.64 murah kan! rasa pun sedap! 



Happy Hill
entrance fee = 50k/person = RM8.81
air (rule sana wajib beli air baru boleh ambik gambar haha) = 120k / 2 drinks = RM21.15
tapi ok juga la dapat basahkan tekak siki sebab tempat ni besar! 
adik fyna amcnil coffee fyna ambil lime juice kot..lupa dah

ok jom tengok gambar fyna kat sini












Restaurant Hajah Hawa

makan 340k = RM59.69
kari seafood , kangkung belacan , telur dadar and vietnam spring roll 
baru 2 hari kat sini dah teringin gulai hahahah..so kami pun try gulai..sedap! udang besar and fresh gila..tapi tak ada daun kari..diorang letak daun ketumbar..rasa lain sikit tapi boleh la makan heheh ..telur dadar sedap..kangkung belacan sedap..vietnam spring roll sedap..semua sedap..alhamdulilah tapi fyna nak remind yang portion kat sini besaq! haha kami tak larat nak habis kan








Search Results

Web results

Kokoro Cafe

entrance fee = 80k/person = RM7

ice cream : 25k = RM4.38

tempat ni cantik..ala2 japan sikit..kami datang petang..memang ramai gila orang..view cantik..mostly bayak cherry blossom tree










Da Lat Night Market

Banh Ong La Duta 7k/pcs = RM1.22

Soy Milk ( Sua Dau Nanh ) and bread 30k = RM5.26


hari2 pun mai sini haha..seronok tengok macam2 ada..


Banh Ong La Duta 

pandan rice cake, is made from ground rice, palm sugar, pandan leaves and grated coconut, steamed in bamboo pipes.
tengok macam putu buluh haha tapi sedap!

Soy Milk (Sua Dau Nanh) and bread yang ni fyna rasa saja..adik yang minum..fyna xsuka soya ahha..roti sedap..kita pilih roti yang mana..diorang akan bakar dulu..kami makan susu and roti asing..rupanya kena cicah ahha


DAY 3
( BREW AND BREAKFAST, GARDEN HYDRANGEA, SUNNY FARM, DOHA CAFE, HOA SON DIEN TRANG )

3rd day
7.30 am : bertolak untuk breakfast
7.37 am : sampai di Brew and Breakfast
8.20 am : bertolak ke Garden Hydrangea
8.56 am : sampai ke Garden Hydrangea 
10.15 am : bertolak ke Sunny Farm
10.30 am : Sampai di Sunny Farm 
12.30 pm : bertolak balik hotel untuk solat
12.53 : berhenti di Doha Cafe untuk bergambar sebba tak ada orang haha
1.15 pm : Sampai hotel untuk lunch pek kembara and solat
3.00 pm : bertolak ke Hoa Son Dien Trang
3.23 pm : Sampai di Hoa Son dien trang
4.10pm : bertolak ke vuon hong nha tom 
4.35 pm : sampai tapi kecewa sebab dah tutup so kami bergambar dalam hutan situ.pun cantik
5.00 pm bertolak balik ke hotel
5.20 pm : berhenti tepi jalan sebab nampak banyak bunga so boleh la bergambar
5.30 pm: pulang ke hotel
6.00 pm : sampai hotel, solat
6.45 pm : siap2 ke night market jalan kaki sebab dekat
7.00 pm : sampai night market and shopping lagi
8.42 pm : otw balik hotel singgah VinMart beli mineral and buah sikit and jagung bakar!
9.00 pm : sampai hotel and rest tidur


BREW AND BREAKFAST
makan = 185k = RM32.48
espresso bar latte , brew & breakfast bowl, brownies






semalam tak makan breakfast..langsung tak ada tenaga haha so kalini kena breakfast dulu lah..so kami cari vegeterian breakfast and ramai cakap sini sedap..
bayangkan pagi2 makan sayur haha tapi sedap!!! kami share 2 sebab plate dia besaq haha..brownies cake sedap gila!

GARDEN HYDRANGEA
entrance fee = 20k/person = RM3.51
parking ticket 3k = RM5.26
tempat ni wajib mai..gila oo tengok bunga hydrangea banyak gila! sini bebas nak bergambar sana sini..nak masuk dalam bunga pun boleh haha..nak kepak 1 bawak balik pun boleh..seronok bila tak dak rule apa2 and masa nak balik..adik tertinggal mask..fyna pergi ambil..masa dekat tiket fyna buat sign mask.diorang senyum and bagi masuk..relax ja kan









jangan lupa ambil gambar dekat tangga ni..sebab tangga ni rendah..kalau nak tangga tinggi..boleh ke sunny farm

SUNNY FARM
entrance fee = free
blackberry juice gila sedap 60k = RM10.53
tempat ni wajib ambik gambar dekat tangga tu..tinggi..fyna pun gayat hahah make sure ambik gambar bagi nampak awan gitu..hehe




lepas tu make sure masuk dalam belon ni..rare kan belon no..xpernah lagi nampak kat tempat lain..tapi belon tu berhabuk sikit hahah 









sini banyak tempat boleh ambik gambar..view pun cantik..dah penat posing boleh stay dalam cafe diorang minum air hehe..wifi laju and tandas bersih gila..ada paip air!

DOHA CAFE
ok cafe ni kami tak masuk dalam sebab nak ambil gambar dari luar saja sebab sini ramai gila orang datang bergambar..so kami pun sekali lah hehe..banyak kali lalu cafe ni tapi sebab ramai orang..kami cancel..haritu kebetulan kosong! apa lagi..boleh la bergambar 
ramai kata coffee kat cafe ni sedap..kami xsempat pula nak minum sini


HOA SON DIEN TRANG
entrance fee = 30k/person = RM5.26
ice cream = 25k = RM4.38









ok lah tempat ni budak2 memang ramai haha bagi fyna kan.tempat ni tak pergi pun tak apa..biasa saja view dia..and sebab fyna bawak photographer so semua gambar pun lawa hehe

VUON HONG NHA TOM
tempat ni nak sangat p.tapi kami tak tengok update dekat ig betul2..bila sampai kat sini depa kata tempat ni dah tutup..sedih..tempat ni ada belon macam kat sunny farm tapi lebih cantik..tapi tak apa lah..sebab dah ambil gambar dekat sunny farm so terubat la haha..sini view canti..see dalam hutam pun cantik



 tepi jalan ada cherry blossom warna pink tapi macam segan nak tumbuh pun ada hahah side jalan lain ada warna putih..tapi tak sempat ambik gambar yang putih..tapi putih nampak gebu lagi..bunga handreagea pun penuh tepi jalan..cantik sangat so apa lagi..hehe





DA LAT NIGHT MARKET
jagung bakar = 10k = RM1.75

uish jagung dia hampa kena try..dia bakaq sampai ke batang jagung tu haha tapi bakar kosong saja la..kalau kat malaysia mau dengan majerin garam susu macam2 kan..yang ni kosong saja tapi sedap..sini bila tanya how much..diorang akan keluarkan duit diorang tunjuk 10k hahah

DAY 4 : DATANLA ALPHINE COASTER , GAU'S CAFE, KAMPUNG PANDAN HALA RESTAURANT, 
CRAZY HOUSE

4th day
7.25 am : siap2 bertolak ke Datanla AlPhine Coaster
7.46 am : sampai ke Datanla AlPhine Coaster main sampai puas
9.30 am : bertolak balik hotel sebab nak tukar hote
10.00 am : sampai hotel makan pek kembara sikit then kemas2 nak check out
12.00 am : serah kunci hotel and letak bag dekat lobby sebab nak p cari atm
12.34 pm: selesai ambil duit kami singgah di Gau's cafe sebab cafe ni cantik
12.44 pm : minum coffee, relax2 sambil tengok view town Da Lat
1.20 pm : sampai hotel and ambil grab car untuk pergi next hotel
1.35 pm : sampai hotel oriana untuk check in
1.44 pm : akhirnya boleh masuk bilik rest and solat
3.20 pm : siap2 bertolak untuk lunch
3.31 pm : sampai ke Restaurant kampung pandan untuk lunch
4.40 : siap lunch, bertolak ke crazy house
4.55 pm : Sampai di Crazy House
6.00 pm : bertolak balik hotel
6.12 pm : sampai hotel rest sat and letak bag camera
6.45 : bertolak ke night market
7.00 pm : Sampai di Night market and ps shopping!
tak ingat dah balik pukul berapa..rasanya lewat juga..balik mandi and tidur


DATANLA ALPHINE COASTER
entrance fee = 170k/person = RM29.84
gambar = 60k = RM10.53
ice cream = 20k = RM3.51


hat ni wajib hampa mai..wajib! depa kata ni yang terpanjang..fyna tak berani naik sorang, so naik berdua..fyna dok depan and adik dok belakang..yang belakang tu kena control brake hehe..fyna asyik jerit brake ja hhaaha..budak2 pun boleh naik ( height 80cm-120cm)
sini akan ada 2 camera..so akan nampak la camera nanti jadi kena la senyum atau posing hehe sebab akan ada flash haha..gambar boleh beli and download dekat website diorang..
coaster ni akan sampai kat tempat air terjun,,sini boleh la nak rest sat...and sejuk gilaaaa kat sini..dah puas bergambar semua..boleh naik coaster balik ke permulaan...yang ni diorang akan control tapi scary juga haha

GAU'S CAFE
coffee = 33k = RM5.79




cafe ni dekat dengan atm yang kami nak keluarkan duit..tengok cafe macam lawa, terus masuk hehe adik fyna kata coffee sini sedap..view dalam cafe ni cantik..dengan diorang gantung dried flower
sambil minum coffee sambil tengok view Da Lat town

KAMPUNG PANDAN HALAL RESTAURANT
makan = 390k = RM68.47



nasi goreng dengan ayam, and 1 lagi nama apa xtau haha tapi sedap and udang goreng kacang..sini serius sedap! dan mahal ahah tapi portion besaq! memang jenuh jugak la nak habis haha..restaurant ni femes tau kat sini..sebab sedap so nanti kalau hampa mai sini..please makan kat sini.sedap..sini pun ada surau and orang kat sini boleh cakap melayu

CRAZY HOUSE
entrance fee = 60k/person = RM10.53
parking = 5k = RM0.87














tempat ni unik! nak datang pun boleh.tak nak datang pon boleh tapi sebab crazy house ni fames..mai p la hehe..sini memang sangat ramai orang...selalu yang datang dengan tour giude tu..sekali depa mai tudia xboleh nak bergambar hahah..kalau hampa google crazy house memang akan rasa nak mai.. sebab lain dari yang lain..enterence crazy house ni kecik.sekali masuk tudiaaaa besaq gila, jenuh nak explore..tangga pun ada yang sempit..fyna naik ke atas sekali saja..lepas tu tak mau dah..gayat ahahaha kalau hampa rajin..boleh lah explore sampai habis..

DAY 5 : DOI MOT NGUOI CAFE , CAFE F CANH DONG HOA , FATIMAH RESTAURANT, TUI MO TO CAFE, 
KEM PHUNG THO CAFE , LUMIERE

5th day
7.24 am : dah siap2 nak keluar tapi last minit plan nak p cafe2 saja harini so search2 dekat google sampai lambat nak keluar haha
8.50 am : bertolak ke doi mot nguoi sebab jauh.20 minit
9.11 am : sampai ke  doi mot nguoi rest minum2.lepak2 and tangkap gambar
11.20 am : bertolak ke next destination
11.45 am : sampai ke cafe F canh dong hoa
12.20 pm : nak pergi lunch sebab lapar
12.45 pm : sampai di fatimah restaurant lepas makan terus balik hotel,tisur sebab penat lambat tidur semalam
3.50 pm : siap2 nak keluar ke next cafe..dah refresh dah
3.58 pm : sampai di still cafe kecewa sebab tutup so berhenti tepi jalan search kat google nak p mana, so kami decide kalau ada cafe tepi jalan berhenti ja lah
4.18 pm : sampai di  tui mo to cafe.. cantik gila cafe ni
6.00 pm : bertolak nak makan desert!
6.30 pm : sampai di  kem phung tho cafe
7.27 pm : selesai makan kami nak ke lumiere!
7.40 pm : sampai di lumiere, yeay
9.00 pm : dah siap semua kami nak pergi ke night market.last day di night market
10.20 : sampai hotel kami turun ke pantry, habiskan pek kembara..then naik bilik tidur

hari ke 5 ni kami nak pergi cafe2 saja..relax2 sebab cafe kat sini memang lawa2 semuanya

DOI MOT NGUOI CAFE
minum coffee and lime juice = 80k  = RM14.04
tempat ni memang dalam list yang paling atas sekali..hehe alhamdulilah dapat juga datang sini walaupun nak mai cafe ni jalan bukan mai scary haha..but worth it la..sebab view lawa gilaaaaaaa..








CAFE F CANH DONG HOA
entrance fee = 50k/person = RM8.77
cake and ice cream = 55k = RM9.65
cafe ni kalau siapa yang suka bunga mesti excited masuk..banyak gila and bunga and cafe ni macam hall pun ada..rasanya ni tempat org buat wedding..kalau mai kena musim, kat luaq tu memang akan banyak bunga..masa kat cafe ni fyna and adik macam letih sikit sebab buat ps semalam, so tak banyak sangat gambar











FATIMAH RESTAURANT
makan 290k = RM50.91
kami order nasik goreng cina and spring roll goreng, orange juice.. makanan kat siniok la..boleh makan tapi portion kecik..bagi fyna agak mahal

TUI MO TO CAFE
coffee and mint chocolate : 120k = RM21.06
cafe ni xdak dalam list..kami nak p cafe lain tapi tutup..so kami just lalu2 area tu and nampak cafe ni..terus parking..bila2 masuk, tudiaaaaaaa cantiknya!!!
sangat2 cantik and ramai orang..waiter kat situ sangat2 baik..diorang sambut dengan senyuman pastu masa kami p full..tempat duduk tak ada...so diorang suruh pergi ke cafe bawah..ada tangga and suruh turun situ...kami macam, alaaaa nak dok sini..
so tak apa lah..kami pun turun ke cafe bawah..
oh my sini pun lawa! ada view yang sangat cantik..berbaloi juga turun sini hehe..so dah puas bergambar and minum sini...kami terus naik ke atas untuk bergambar..bagi fyna cafe ni korang kena datang sebab lawa gilaaaaa..tak tahu kenapa cafe ni tak ada dalam list google..toilet sini pun besih and ada pancur air..and dekat sini sejukkkkk















KEM PHUNG THO CAFE
vietnamese Avacado Ice cream ( kem bo ) 20k = RM3.51
coconut ice cream and fruit ( kem trai cay ) 20k = RM3.51




ramai kata kalau mai sini kena juga try avacado ice cream..malam last ni cari juga mana tempat yang sedap..at last dapat juga..memang sedap gila! bawah tu avacado..atas ada cocnut and ice cream..kami ambil small cup saja..rata2 situ ambil big cup ahaha..coconut ice cream and fruit pun sedap juga...tapi avacado serius sedap and lepas kami habis makan..ramai gila datang cafe ni..full house terus..nasib baik mai awai..

LUMIERE
entrance fee = 150k/person = RM26.33
tempat ni tak ada dalam list pun..tapi kebetulan haritu google2 ada tempat ni..
Lumiere is the first "Art Gallery and Entertainment Application Center" in Vietnam
tempat ni sangat bersih and kalau nak masuk kena buka kasut, then ada pekerja diorang guide masuk pintu ni ni and so on..siap ajar cara bergambar hehe..so nice la diorang ni..
at 1st fyna ingat benda ni macam yang pernah dok p kat langkawi, penang and ipoh tp tempat ni lain sangat! ok jom layan gambar fyna kat sana




















LAST DAY AT NIGHT MARKET





DAY 6 : BALIK MALAYSIA


6th day

9.30 am : uber sampai and bawa ke airport

10.00 am : sampai di Lien Khuong airport
2.41 pm : sampai di KLIA2


uber dari hotel ke airport  450k + tol = RM79.01
rasanya taxi lagi murah hehe

end of my vacation =(


total up semua for 2 person include flight ticket, makan.. shopping tak kira

RM2184.90


dekat sini mostly orang naik motor..kereta tu boleh bilang saja, and untuk parking mereka akan ambil number motor..xkisah lah yang berbayar atau tak..so kalau nak ambil balik motor, kena bagi balik kertas yang diorang bagi masa mula parking tadi..benda macam ni bagus, so that tak ada kecurian motor

untuk kita yang beragama islam ni..ke mana pun kta pergi, wajib solat kan?

dekat sini, kami keluar awal pagi then akan balik hotel time zuhur..lepas zuhur jamak, kami akan keluar balik.sini semua tempat dekat2..paling jaug dalat milk farm 1 jam..lain2 20 minit..15 minit..5 minit pun ada...so tak kalut..sebab tu fyna suka town kecil macam ni and bila pergi back packers kita tak rushing and boleh adjust masa kita sendiri

sini musim bunga ada bulan2 tertentu..sebelum pergi ke sesuatu tempat, check dalam instagram, recent post..kalau ada recent post means tempat tu open lah..

kami xbuat research betul2 haritu..niat di hati nak tengok lavender..dah la jauh 20 minit dari hote..sejuk and hujan rintik tapi sekejap saja haha..pusing punya pusing last2 kami sampai dekat Lavenderdalat Gardens, tanya pekerja situ..diorang cakap NO LAVENDER, NO LAVENDER hahaha adoi sedih

masa balik hotel last day, rasa sayang ank tinggalkan tempat ni..fyna ni takut nak pergi ke tempat orang..biasalah kan akan fikir bukan2 tapi alhamdulilah orang kat sini sangat2 nice..kebanyakkan nya tak pandai bahasa inggeris tapi mereka cuba sedaya upaya nak bagi kita paham apa mereka cuba terang kan..terutamanya orang tua kat sana..suka tanya macam2..kita dah macam, ala apa pakcik ni cakap, last2 cakap kat pakcik ni..sorry..then pakcik tu akan senyum and bye bye..comel kan
last day tu..rasa sebak sangat..naik motor kami bawak slow2 saja, saja nak throwback kenangan manis kat sini..bagi fyna..town kecil macam ni lagi seronok bercuti..semua kenangan manis saja kat sini..
sini pun rasa selamat sangat..kalau jalan seorang pun rasa selamat..sini banyak anjing, semua pendek2 haha and diorang sangat jinak..
ada seekor anjing dekat tui mo to cafe sangat comel.kepala besar badan kecil.muka macam gary..dia tak suka orang kacau dia..kalau kita kacau dia akan moody and terus pergi tempat lain haha

suhu sini pagi and malam memang sejuk..siang panas sikit tapi ada angin sejuk..fyna ke sana bawak sweater nipis saja..tapi bila dah tak tak tahan sejuk terpaksa beli jacket haha

sini kalau nak beli mineral ..beli yang jenis ni..sedap! hahaha..and boleh beli dekat vienmart..sini ala2 7e..kita pun rasa tak takut sangat kan nak beli apa2..and kalau rasa nak makan maggi..boleh beli maggi sedap..itu HALAL haha





macam mana fyna tahu tempat cantik2 di Da Lat?
Google kan ada. instagram pun ada..semua di hujung jari..search saja hehe


Comments

Post a Comment

Popular Posts